TNB Genco, Allo sumbang pek makanan di PPV

July 28, 2021

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF 28 Julai 2021, 3:29 pm

Anak syarikat TNB, TNB Genco dan Allo menyumbang makanan bagi petugas barisan hadapan di tiga buah PPV sekitar ibu negara.

 

 

PETALING JAYA – TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) dan Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo) yang merupakan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang pek makanan di tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara baru-baru ini.

TNB dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan

salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di PPV.

“TNB Genco telah menyerahkan 150 pek makanan di PPV Universiti Malaya pada 9 Julai lalu dan 420 pek di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 14 Julai tahun ini.

“Sementara Allo Technology pula telah menyampaikan 80 pek makanan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai lalu,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, inisiatif terbabit juga merupakan sebahagian usaha TNB bagi menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Ia juga bertujuan menjayakan Pelan Pemulihan Negara di

bawah aspek menyelamatkan nyawa.

“PPV Universiti Malaya menerima 3,000 penerima vaksin sehari manakala PPV di MITEC dan Stadium Nasional Bukit Jalil menerima 10,000 orang dalam sehari,” jelasnya. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2021/07/28/tnb-genco-allo-sumbang-pek-makanan-di-ppv/

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 156902

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.