Ambil alih SESB selepas tubuh Suruhanjaya Tenaga Sabah

August 26, 2022

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah akan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga sebelum mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kawal selia bekalan elektrik di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri perlu menubuhkan suruhanjaya tenaganya sendiri terlebih dahulu supaya pihak berkuasa kawal selia bekalan elektrik boleh dipindahkan daripada kerajaan persekutuan kepada Kerajaan Sabah.

Beliau berkata, selepas itu barulah kerajaan negeri mengambil alih SESB tanpa sebarang liabiliti selepas Pelan Transformasi SESB dilengkapkan dalam masa lima ke tujuh tahun dari sekarang.

Katanya, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikannya bersama Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Putrajaya, semalam.

“Mesyuarat jawatankuasa pemandu berkaitan penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan SESB kepada kerajaan negeri itu bersetuju supaya KeTSA membawa rancangan kerajaan negeri untuk mengambil alih SESB dalam dua peringkat kepada Kabinet Persekutuan.

“Oleh itu, penyelarasan dan kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan proses undang-undang dilaksanakan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan berhubung hasil perbincangan dalam mesyuarat itu, di sini.

Cadangan pengambilalihan SESB sudah lama disuarakan sebagai antara langkah untuk menangani isu bekalan elektrik di Sabah dan Labuan selain mengembalikan kawalan kerajaan negeri dalam syarikat utiliti itu.

Ketika ini, SESB dimiliki TNB dengan pegangan 80 peratus saham, manakala baki 20 peratus oleh Kerajaan Sabah.

Sumber HMETRO

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 200854

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.