TNB jalin kerjasama dengan pemain tenaga utama Vietnam, Laos

May 29, 2023

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeterai kerjasama strategik dengan pemain tenaga utama di Vietnam dan Laos untuk meningkatkan usaha berterusan bagi mengukuhkan kesalinghubungan Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid – APG) dan memacu aspirasi Malaysia untuk menjadi hab Tenaga Boleh Baharu (TBB) untuk ASEAN.

Presidennya, Datuk Indera Baharin Din berkata, kerjasama strategik tersebut direalisasikan melalui pemeteraian tiga dengan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan dua daripadanya adalah di Vietnam.

“MoU yang ditandatangani di Vietnam adalah antara TNB Renewables Sdn Bhd (TRe) dan Saigon Gia Dinh Electric Joint Stock Company (EHCMC) serta antara TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) dan North Power Service Joint Stock Company (EVNNPS).

“MoU yang ditandatangani di Laos pula melibatkan anak syarikat milik penuh TNB, TNB Genco dengan Electricite Du Laos (EDL) disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud, seterusnya menekankan kepentingan kerjasama serantau ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Turut hadir dalam majlis tersebut Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai, Pengarah Urusan TNB REMACO, Muhamad Nazri Pazil; Ketua Pengarah EVNNPS, Nguyen Dac Son; Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti dan Timbalan Ketua Pengarah EVNNPS, Le Trung Thang.

Baharin menambah, MoU TRe-EHCMC adalah untuk meneroka peluang teknologi penjanaan TBB yang berpotensi di Vietnam, manakala MoU TNB REMACO-EVNNPS adalah untuk kolaborasi dan kerjasama bagi kerja-kerja perkhidmatan berkaitan tenaga yang berpotensi di Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Menerusi kerjasama dengan EDL, beliau berkata, TNB berharap untuk mengukuhkan kerjasama dengan meneroka peluang pelaburan dalam TBB serta meneroka peluang ‘off-take’ melalui Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia (LTM-PIP).

Jelasnya, usaha itu secara tidak langsung menggambarkan kesungguhan TNB dalam mempromosikan TBB dan mewujudkan masa depan yang mampan untuk Asia Tenggara.

“Saya yakin MoU ini akan memudahkan bidang lain untuk bekerjasama serta mencapai kejayaan bersama. Kami berterima kasih kepada EDL atas peluang yang menarik ini,” ujar Baharin.

Sumber – Sinar Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 204284

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.