Casino denar bonus brez depozita

  1. Slotman Casino App Review: Poiščite službo, za katero se lahko prijavite, tako da brskate po vseh naših razpoložljivih delovnih mestih.
  2. Golden Glyph Igraj Igralni Avtomat - Najprej pa si vzemite nekaj trenutkov časa, da preberete ta informativni članek.
  3. Octoplay Casino Free Spins No Deposit Bonus: Posebnost se sproži, ko line up 3 bonus simboli na aktivni liniji.

Kako zmagaš v poker

Western Belles Igraj Igralni Avtomat
BetStars na svoji spletni strani navaja, da kot podjetje jemlje varnost svojih strank zelo resno.
Buffalo King Megaways Igraj Igralni Avtomat
Vse, kar potrebujete, je, da čez dan preživite nekaj ur, da zaslužite na spletu.
Tretji članek opisuje, kaj je treba upoštevati pri igranju v spletni igralnici.

Hitro predvajajte slote na spletu brezplačno

Wild North Free Play Demo
Kjer tipičen prizor Divjega zahoda prikazuje šerifa, ki lovi razbojnike, v tem primeru vidimo lovca na glave, ki gre za prevaranti.
Cai Shen Ye Igraj Igralni Avtomat
Ne pozabite, da se lahko v primeru, da imate težave ali preprosto potrebujete pomoč in vodenje skozi postopek, vedno obrnete na podporo strankam igralnice, v kateri želite igrati.
Habanero Casino Free Spins No Deposit Bonus

 

Projek hidroelektrik Nenggiri jana ekonomi, tak pinggir Orang Asli

June 7, 2023

Projek Hidrolektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan disasar memberi sumbangan bermakna kepada sasaran negara untuk meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui (RE) kepada 40 peratus daripada keseluruhan sumber penjanaan menjelang 2035.

Penjanaan daripada sumber hidro juga akan membantu mengurangkan sejumlah 0.3 tan pelepasan karbon setahun, bersamaan pengeluaran asap daripada 70,000 kereta. Selain penjanaan tenaga, projek itu juga disasar memanfaatkan Kelantan dalam aspek kawalan banjir dan pengairan.

Empangan Nenggiri dibangunkan dengan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dijangka beroperasi mulai 2027. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir Baharin Din, pembinaan projek ini bermula tahun lalu.

Hingga hujung tahun lalu, kemajuan projek itu mencecah 22.9 peratus. Projek ini yang terangkum dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), akan mewujudkan kawasan takungan seluas 5,384 hektar.

Takungan ini akan membantu mengurangkan dengan ketara banjir buruk di Kelantan kerana turut berfungsi sebagai kawasan tadahan dan kawalan air apabila jumlah air tasik dikurangkan untuk menampung air hujan pada musim tengkujuh.

“Kami ambil maklum pembinaan empangan itu memberi kesan kepada komuniti Orang Asli, kami sudah mengadakan libat urus dengan mereka yang terjejas dan membawa mereka ke penempatan baharu serta memastikan mereka ada sumber pendapatan lebih terjamin.

“Kami percaya pembinaan dan penyiapan empangan itu akan memberi kesan limpahan positif kepada ekonomi menerusi penyediaan peluang pekerjaan, pewujudan industri baharu serta mengurangkan impak banjir pada musim tengkujuh,” katanya seperti dipetik dalam laporan tahunan terbaharu TNB, Laporan Tahunan Bersepadu 2022 – Memacu Kebertanggungjawaban Peralihan Tenaga.

Penduduk setuju pindah

Projek Nenggiri dijangka menenggelamkan beberapa penempatan Orang Asli termasuk Pos Tohoi, Pos Pulat dan Kampung Kuala Wias.

Bendahari Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Pulat, Ago Angah, pada Oktober lalu dipetik sebagai berkata, sebahagian besar 300 penduduk Orang Asli di Pos Pulat setuju berpindah ke penempatan baharu dijanjikan dengan pelbagai kemudahan asas.

Selain disediakan rumah dengan kemudahan lengkap, penduduk juga diberi elaun sara hidup hampir RM700 sebulan sepanjang ladang getah baharu diberikan kepada mereka belum mendapat hasil.

Katanya, mereka dimaklumkan, penduduk akan berpindah selepas pembinaan rumah dan kemudahan asas itu siap sepenuhnya dijangka tiga tahun lagi.

“Kami berharap kampung baharu dengan infrastruktur lengkap dapat disiapkan segera,” katanya.

Selain itu, bagi mewujudkan komuniti mampan, TNB melancarkan skim biasiswa khas kepada anak Orang Asli terutama daripada kawasan operasi syarikat utiliti itu, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), 10 pelajar Orang Asli dipilih mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan di UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah. Ini bertujuan mewujudkan masa depan lebih baik kepada komuniti Orang Asli terutama menerusi pendidikan.

Libat urus dilaksanakan TNB dengan penduduk serta usaha pemuliharaan alam di sekitar Projek Nenggiri bukan perkara baharu. Perkara ini juga pernah dilaksanakan ketika pembinaan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud dan Empangan Tembat serta Puah di Hulu Terengganu.

Dapat dilihat kini Stesen Janakuasa Sultan Mahmud dan Tasik Kenyir mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan sosial ketara kepada penduduk. Menerusi Kenyir, Terengganu meraih manfaat ekonomi terutama pelancongan dan rekreasi, perniagaan kecil serta pembangunan prasarana.

Sumbangan lain berkait tebatan banjir kerana sejak ada Kenyir, banjir di Kuala Berang bukan lagi isu besar. Penduduk beberapa daerah di Terengganu juga mendapat bekalan air bersih kerana pelepasan air dari Kenyir dapat mengimbangi air masin masuk ke Muka Suak, Kuala Terengganu di Sungai Terengganu.

Selain kebajikan kepada komuniti, usaha turut dibuat untuk memastikan kelestarian alam terpelihara. Dalam tahun kewangan 2022, TNB membelanjakan RM4.61 juta untuk kajian biodiversiti di Projek Nenggiri, Cameron Highlands (Tasik Jor dan Ringlet), Ladang Solar Bukit Selambau, Empangan Temengor dan Stesen Hidroelektrik Hulu Terengganu. Kerjasama juga dibentuk dengan PERHILITAN dan Pelan Pembangunan Hidupan Liar dibentuk untuk memantau di kawasan tapak projek hidro.

Pulangan jangka panjang

Dalam konteks lebih meluas, Projek Nenggiri dilihat membantu memperluaskan peranan penjanaan tenaga boleh baharu (RE), terutama daripada hidro, antara sumber yang paling banyak tersedia di Malaysia serta mengambil kira manfaat menyeluruh yang diperoleh daripadanya. Seperti dikatakan CEO TNB, tenaga bersih dalam bentuk RE adalah masa depan kepada penjanaan tenaga.

Justeru, Suruhanjaya Tenaga pada tahun lalu meluluskan Program Lanjutan Hayat Projek Hidro yang meliputi enam stesen jana kuasa di Sungai Perak bagi menjana 650.75MW. Projek berkenaan dimulakan tahun lalu dengan kos RM5.8 bilion dan dijangka mula beroperasi pada 2025.

Projek hidroelektrik dan RE memberi manfaat ekonomi kepada negara. Walaupun kos pembinaan tinggi, pulangan jangka panjangnya berbaloi dengan manfaat yang diperoleh.

Jika kita lihat sejarah, kemajuan Saba disebut dalam al-Quran adalah kerana kebijaksanaan menguruskan empangan. Ini juga yang hendak dilakukan Kelantan selepas beberapa negeri lain melaksanakannya.

Sumber – Berita Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 206958

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.