Plačati morate davke na loterijo

  1. Rollino Casino App Review: Ljubitelji franšize so morda pričakovali, da bo igra temeljila na naslovu 2023, vendar so se razvijalci odločili, da bodo šli z izvirnim filmom, in izdali zelo zabavno in potencialno koristno izdajo s postavitvijo satja s 5 koluti in strukturo vrstic 3-4-5-4-3.
  2. Floating Dragon Hold And Spin Igraj Igralni Avtomat - Bilo je septembra 1966 Jimi preselil v London.
  3. Honey Rush 100 Igraj Igralni Avtomat: Če iščete genialno in neokrnjeno strategijo za igranje, potem lahko preberete temeljni izrek pokra.

Poker kaj je straddle

Esmeralda Free Play Demo
Takšne igre so super, če so nekatere velike zmage v tvoji glavi.
Karamba Casino Bonus And Promo Code
Poker Nebesa živo Prodajalec casino poganja Microgaming.
Mi smo vedno dodajanje novih reže za naše igralce, da bodo imeli.

Casino igre blackjack za pravi denar 2023

Casino Classic Casino Online Slovenija
Vsaka ugledna spletna igralnica vključuje več turnirjev v svoje ponudbe, saj so odlično orodje za povečanje igralčevega navdušenja in jim zagotavlja nepozabno igralno izkušnjo.
Magic Fruits 4 Igraj Igralni Avtomat
Tri kompas razprši vam bo dala 10 brezplačnih iger.
Neosurf Casino Online Slovenija

 

TNB dijangka raih pulangan RM2.3 bilion dari Laos

June 27, 2023

VIENTIANE: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Electricite du Lao (EDL) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menerokai potensi tenaga boleh baharu hidro di Laos yang dijangka memberikan pulangan RM460 juta hingga RM2.3 bilion setahun kepada TNB mulai 2025.

Langkah itu juga berpotensi meningkatkan perdagangan elektrik rentas sempadan ASEAN dan membantu Laos menjadi ‘The Battery of Asia’.

MoU yang ditandatangani hari ini sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga bertujuan meningkatkan eksport elektrik Laos ke Malaysia melalui kerjasama tiga hala Malaysia-Thailand-Laos.

Selain MoU antara TNB dan EDL, Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Kerjasama (MoC).

MoC itu membabitkan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) dalam bidang pengangkutan kereta api serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP) dalam bidang pelabuhan darat.

Kerjasama antara KTMB dan LNRSE dalam bidang pengangkutan kereta api itu termasuk pemindahan teknologi serta pembinaan kapasiti LNRSE selain mewujudkan platform tiket tunggal yang akan memudah cara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke Laos.

Hasil kerjasama ini, kargo dari Malaysia ke Laos dianggarkan akan meningkat sebanyak 40 peratus atau 1.2 juta tan pada tahun pertama selain berpotensi mencapai tahap maksimum 2.4 juta tan setahun dan pendapatan sebanyak RM120 juta setahun.

Rangkaian kereta api ini pula akan disokong oleh Pelabuhan Darat Perlis (PIP) menerusi kerjasama Mutiara Perlis dan Thanaleng Dry Port (TDP) yang akan memudahkan pergerakan kargo di sempadan melalui Pengaturan Pelabuhan ke Pelabuhan.

Operasi bersama PIP dan TDP berupaya memudah cara 20 juta tan kargo dan berpotensi memberikan pulangan kepada Malaysia sebanyak RM2.3 bilion setahun di samping menyediakan 520 peluang pekerjaan langsung dan 3,400 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan lain yang berkaitan.

Pada majlis itu, MPSB diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad manakala TDP diwakili Pengarah Urusan, Sakhone Philangam.

Lain-lain wakil syarikat ialah CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Pengarah Urusan LNRE, Daochinda Siharath; Presiden dan CEO TNB, Datuk Baharin Din; serta Pengarah Urusan EDL, Chanthaboun Soukaloun.

Majlis itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Laos di sini dengan disaksikan Anwar dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Laos mulai semalam, dan ini lawatan rasmi pertama beliau ke negara anggota ASEAN itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Dagangan dua hala Malaysia dan Laos melonjak sebanyak 425 peratus pada 2022 dengan nilai dagangan mencecah AS$255.6 juta (RM1.19 bilion).

Malaysia kekal sebagai pelabur keempat terbesar di Laos dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$794 juta (RM3.71 bilion).

Sumber – Berita Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 207317

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.