Seznam igralnic slovenia

  1. Shopping Spree Igraj Igralni Avtomat: Zaslužite 50 Tier krediti in prejemanje 75 bonus Tier Krediti oddano.
  2. Rocket Men Free Play Demo - V Casinoju je veliko odličnih iger, vendar je ključni poudarek vedno nove igre, ki so na voljo.
  3. Lucky Pharaoh Free Play Demo: To ne pomeni, da bi morali igrati samo eno igro, vendar vam daje idejo, kam bi morali usmeriti večino svoje pozornosti.

Metode stavna ruleta

Liberty Bells Igraj Igralni Avtomat
Kar zadeva spletna mesta za igre na srečo, število spletnih plačilnih igralnic nenehno narašča.
Rabona Casino Bonus And Promo Code
V igri je brezplačno usposabljanje, ki bo pomagalo razumeti pravila igre in namen ključev.
Poleg tega je igralni avtomat podeljuje naključno Spin priložnost, ki je tudi značilnost igre.

Varno online casinos

Paysafecard Slovenija
Preden igrate na spletnih straneh blackjack Online casino live, preverite tudi, ali ima spletno mesto ustrezne možnosti bančništva v igralnicah.
Ted Megaways Free Play Demo
S svojim primarnim poudarkom na konjskih dirkah ponuja široko paleto prireditev z znanih avstralskih dirkališč in turnirjev.
Wild North Igraj Igralni Avtomat

 

TNB dijangka catat pulangan RM2.3 bilion di Laos

June 28, 2023

Vientiane: Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Electricite du Lao (EDL) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menerokai potensi tenaga boleh baharu hidro di Laos yang dijangka memberikan pulangan RM460 juta hingga RM2.3 bilion setahun kepada TNB mulai 2025.

Langkah itu juga berpotensi meningkatkan perdagangan elektrik rentas sempadan Asean dan membantu Laos menjadi ‘The Battery of Asia’.

MoU yang ditandatangani pada Selasa sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga bertujuan meningkatkan eksport elektrik Laos ke Malaysia melalui kerjasama tiga hala Malaysia-Thailand-Laos.

Selain MoU antara TNB dan EDL, Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Kerjasama (MoC).

MoC itu melibatkan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Lao National Railway State Enterprise (LNRSE) dalam bidang pengangkutan kereta api serta Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB) dan Thanaleng Dry Port (TDP) dalam bidang pelabuhan darat.

Kerjasama KTMB Pertingkat Kargo ke Laos Sebanyak 40 Peratus

Kerjasama antara KTMB dan LNRSE dalam bidang pengangkutan kereta api itu termasuk pemindahan teknologi serta pembinaan kapasiti LNRSE selain mewujudkan platform tiket tunggal yang akan memudah cara perjalanan penumpang dan kargo dari Malaysia ke Laos.

Hasil kerjasama ini, kargo dari Malaysia ke Laos dianggarkan akan meningkat sebanyak 40 peratus atau 1.2 juta tan pada tahun pertama selain berpotensi mencapai tahap maksimum 2.4 juta tan setahun dan pendapatan sebanyak RM120 juta setahun.

Rangkaian kereta api ini pula akan disokong oleh Pelabuhan Darat Perlis (PIP) menerusi kerjasama Mutiara Perlis dan Thanaleng Dry Port (TDP) yang akan memudahkan pergerakan kargo di sempadan melalui Pengaturan Pelabuhan ke Pelabuhan.

Operasi Bersama PIP dan TDP berupaya memudah cara 20 juta tan kargo dan berpotensi memberikan pulangan kepada Malaysia sebanyak RM2.3 bilion setahun di samping menyediakan 520 peluang pekerjaan langsung dan 3,400 peluang pekerjaan dalam perkhidmatan lain yang berkaitan.

Pada majlis itu, MPSB diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad manakala TDP diwakili Pengarah Urusan, Sakhone Philangam.

Lain-lain wakil syarikat ialah CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Pengarah Urusan LNRE, Daochinda Siharath; Presiden dan CEO TNB Datuk Baharin Din; serta Pengarah Urusan EDL, Chanthaboun Soukaloun.

Majlis itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Laos di sini dengan disaksikan Anwar dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari di Laos mulai semalam, dan merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara anggota ASEAN itu sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov, 2022.

Dagangan dua hala Malaysia dan Laos melonjak sebanyak 425 peratus pada 2022 dengan nilai dagangan mencecah US$255.6 juta (RM1.19 bilion).

Malaysia kekal sebagai pelabur keempat terbesar di Laos dengan jumlah pelaburan sebanyak US$794 juta (RM3.71 bilion).

Sumber – Harian Metro

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 207260

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.