Dobiček ocene bingo

  1. Golden Tiger Casino Online Slovenija: Na strani z nastavitvami profila na spustnem seznamu jezik izberite jezikovne nastavitve za račun.
  2. Mental Free Play Demo - Končno, sklepi o najboljši spletni igralnici na Švedskem so, da lahko izbirate med številnimi lepimi možnostmi.
  3. Thunderkick Igralni Avtomati: Umiki na e-novice se lahko resnično izvedejo v manj kot 1 uri.

Prenesi bingo kartice na spletu

Fezbet Casino Free Spins No Deposit Bonus
Čeprav to morda ni najbolj vizualno privlačna stran, je še vedno drsna oblika in izbira za igralce.
Ariana Igraj Igralni Avtomat
Na splošno menim, da so dobri spletni igralci boljši pri analizi igre in imajo bolj temeljito razumevanje matematike pokra.
Izberite možnost pologa, ki je za vas najbolj primerna, in začnite igrati.

Online ruleta igrajte brezplačno brez registracije

Treasures Of Troy Free Play Demo
Če želite, je edini, ki je ista stvar, potem boste morda kot drugačen modrost igra gre.
Sidewinder Free Play Demo
Najlepša hvala za vaše pomočnike.
5 Dazzling Hot Igraj Igralni Avtomat

 

TNB percepat komitmen tiga projek tenaga boleh baharu, bersih

September 29, 2023

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengorak langkah penting dalam komitmen memacu tenaga boleh baharu (TBB) berskala besar dan inisiatif teknologi bersih, dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din, berkata syarikat utiliti nasional itu akan berfungsi sebagai peneraju projek Taman Solar Berskala Besar (LSSP), Hibrid Solar Terapung Hidro (HHFS), serta pembakaran bersama hidrogen dan ammonia, yang kesemuanya penting untuk memajukan agenda hijau negara sambil memupuk pertumbuhan ekonomi.

“Pelan Peralihan Tenaga TNB sejajar dengan NETR, menekankan pada tiga bidang utama iaitu mempercepatkan penyahkarbonan, membangunkan grid rentas sempadan yang fleksibel dan memperkasakan elektrifikasi dan prosumer rentas sektor,” katanya pada taklimat terkini kepada penganalisis.

Pada taklimat itu, Baharin mendedahkan pelan TNB untuk menjana 3,000 megawatts (MW) TBB menjelang 2040 dalam lingkungan projek utama NETR.

Katanya, ini termasuk memanfaatkan 2,500MW atau 2.5 gigawatt (GW) melalui teknologi inovatif HHFS di samping 500MW tambahan daripada lima LSSP berbeza, masing-masing mempunyai kapasiti 100MW.

“Projek HHFS akan dilaksanakan dalam empat fasa mulai 2023 hingga 2040 dan ditempatkan secara strategik di empangan hidro TNB.

“TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) akan mengetuai pemasangan berkapasiti 230MW di loji hidro Temenggor dan Chenderoh sebagai sebahagian daripada pelan projek 2.5GW. Projek ini dijangka siap menjelang 2025,” katanya.

Mengenai LSSP, Baharin mendedahlan bahawa Bahagian Tenaga Baharu (NED) TNB sedang menyokong Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP), yang ditetapkan untuk menjana 90MW apabila mula beroperasi pada 2025.

“Program ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga mampan melalui LSSP, melengkapi projek sedia ada di Sepang, Selangor (50MW), dan Bukit Selambau (30MW) serta Bukit Selambau 2 (50MW), Kedah yang dijangkakan beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, TNB turut bekerjasama dengan PERTRONAS untuk projek pembakaran bersama hidrogen dan ammonia serta bekerjasama dengan Mitsui & Chugoku bagi inisiatif ammonia dan biojisim, bertujuan mempelbagaikan sumber portfolio tenaganya.

“Projek pembakaran bersama berskala kecil sedang dijalankan di loji arang batu terpilih di Port Dickson, Negeri Sembilan (Jimah East Power), dan Lumut, Perak (Manjung 1 dan Manjung 4).

“Fasa Reka Bentuk Kejuruteraan Front End (FEED) ini berfungsi sebagai prasyarat penting untuk pelaksanaan pembakaran bersama, dan kami menyasarkan aset arang batu tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, Baharin berkata TNB berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 8.3GW TBB menjelang 2025.

“Sehingga Jun 2023, kami telah mencapai 48 peratus daripada jumlah kapasiti sasaran. Ini terrmasuk projek NETR Bahagian 1, kami menjangkakan penambahan satu lagi TBB domestik berkapasiti 1,200MW menjelang 2025.

“Kami penuh yakin bahawa TBB domestik akan memainkan peranan penting dalam portfolio kami, selari dengan objektif negara mencapai 70 peratus kapasiti TBB terpasang menjelang 2050,” katanya.

Beliau menambah, TNB juga sedang giat memupuk perkongsian dengan rakan serantau untuk menyokong realisasi Grid Tenaga ASEAN (APG).

“Kami telah memeterai 10 Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Niat, menandakan komitmen untuk memajukan pembangunan infrastruktur salinghubung dan pelaburan tenaga boleh baharu,” katanya.

Langkah itu, katanya menandakan dedikasi TNB terhadap kerjasama serantau dan kemajuan tenaga mampan.

Baharin menegaskan bahawa inisiatif NETR bukan sahaja akan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara tetapi juga memenuhi aspirasi karbon sifar bersih negara.

“Kami berbangga dengan keupayaan TNB yang menyumbang dengan ketara melalui pembabitan dalam projek penting, sekali gus memastikan kesediaan grid kami untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 212040

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.