‘Kerja pembaikan kerosakan struktur Empangan Kenyir akibat banjir sedang dibuat’

October 5, 2023

KUALA TERENGGANU: Empangan Kenyir selamat dan tidak berisiko serta mendatangkan ancaman keselamatan kepada seluruh masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata,

kerja pembaikan cerun dan kerosakan infrastruktur yang runtuh ketika bencana akhir Februari serta awal Mac lalu sedang dilakukan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, kerja runtuhan bukit yang terletak diluar kawasan empangan juga sedang diusahakan TNB.

“Kita akui bencana yang berlaku akhir bulan Februari dan pada awal bulan Mac tahun lalu menyebabkan berlaku kerosakan

infrastruktur termasuk Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir.

“Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sudah memohon peruntukan bagi membaiki kerosakan jalan, cerun dan jambatan di seluruh negeri di bawah skop Jabatan Kerja Raya (JKR) berjumlah RM135.642 juta,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan negeri (DUN), di sini, hari ini.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika mengulas

kenyataan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) empangan Kenyir antara dikenal pasti berisiko danmendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan fungsi dan strukturnya.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata,kerja membaikpulih kerosakan

infrastruktur pengairan dan saliran sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan peruntukan berjumlah RM62.705 juta.

Katanya, lawatan tapak dan mesyuarat status kerja baikpulih SJSM Kenyir oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada

29 Ogos lalu.

“Status terkini adalah peruntukan dimohon sudah diluluskan dan sebahagian kerja pembaikian siapdisiapkan dilakukan.

“Pemantauan kerosakan di lokasi lain berhampiran empangan Kenyir sedang dilakukan,” katanya.

Hanafiah berkata, TNB juga turut mengesahkan empangan Kenyir masih selamat.

Mengulas lanjut, Hanafiah turut mengesahkan berlaku kerosakan pada Stesen Kenyir disebabkan kejadian tanah runtuh pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan operasi stesen terhenti kira-kira enam bulan.

“Operasi penjanaan dan penghantaran dapat dipulihkan Jun tahun lalu iaitu tiga bulan awal dari perancangan asal bagi menstabilkan sistem grid nasional dan bekalan untuk seluruh negeri.

Sumber : Berita Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution