PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan pemeriksaan berkala secara bulanan terhadap semua empangan hidroelektriknya disamping melaksanakan audit integriti struktur setiap enam bulan. Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), Ir. Muhamad Nazri Pazil berkata, ia bertujuan untuk memastikan struktur ke semua empangan kekal utuh serta berfungsi dengan baik selain mengenalpasti sebarang potensi risiko yang mungkin timbul.
Sumber : Utusan Malaysia