TNB Teroka Sistem Solar Terapung

November 24, 2023

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Perak untuk meneroka potensi sistem solar terapung di sekitar kawasan Skim Hidroelektrik, Empangan dan Takungan Sungai Perak.

Menurut TNB, ia bakal dilaksanakan menerusi kerjasama TNB dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri Perak, Majuperak Holdings Bhd (MHB) untuk membangunkan projek Taman Solar dengan kapasiti 100 Megawatt (MW) di negeri itu.

“Pertama, kerjasama strategik TNB melalui anak syarikat milikan penuh, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

“Manakala, kerjasama kedua adalah antara satu lagi anak syarikat milikan penuh TNB, TNB Renewables Sdn Bhd (TRe) dan MHB.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kolektif untuk menyegerakan peralihan Malaysia kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan, sejajar dengan objektif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Baharin Din berkata, usaha berwawasan itu adalah selari dengan NETR yang bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah masa depan bersumberkan tenaga yang lebih bersih dan mampan.

“Kerjasama strategik dengan entiti kerajaan Perak menandakan komitmen kolektif untuk mempercepatkan peralihan kepada tenaga mesra alam,” katanya.

Sumber – Harian Metro

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 194538

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.