Empangan hidroeletrik TNB sedia hadapi impak Monsun Timur Laut

December 3, 2023

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mempersiap semua empangan skim hidroelektriknya di Cameron Highlands, Pahang; Sungai Perak, Perak dan Tasik Kenyir di terengganu bagi menghadapi impak Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), Ir. Muhamad Nazri Pazil berkata, langkah itu bagi memastikan empangan dapat berfungsi dengan baik bagi menakung kapasiti air yang dijangka meningkat pada musim tengkujuh.

“Langkah-langkah ini juga bagi memastikan empangan dapat berfungsi dengan baik bukan sahaja sebagai penjana tenaga hidro tetapi  membantu usaha penebatan banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhamad Nazri berkata, TNB mengadakan beberapa siri taklimat persediaan kepada pemegang taruh dan penduduk setempat, di samping latih amal simulasi kecemasan bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan bencana seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri.

“Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir.

“Dengan kapasiti menakung air di hulu sungai, empangan-empangan kami dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hilir setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution