TNB belanja RM40 juta, selesai masalah bahan buangan di empangan

August 13, 2022

PAHANG: Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), terpaksa melakukan kerja penyelenggaraan melibatkan kos RM40 juta setiap tahun.

Ia bagi mengatasi masalah pengumpulan sampah domestik dan pasir atau sedimen dalam empangan-empangan di Cameron Highlands, Pahang, yang dibina untuk menjana elektrik.

Ketua Pegawai Operasi TNB Genco, Datuk Ir Roslan Abd. Rahman berkata, fungsi Empangan Sultan Abu Bakar, Empangan Susu, Empangan Jor, dan Empangan Mahang itu bukan sahaja untuk menjana elektrik tetapi ia juga bertindak sebagai tebatan kawalan banjir semasa musim tengkujuh.

“Kami perlu memastikan aliran air empangan-empangan itu dikawal dari segi tahapnya supaya ia berada di paras yang selamat dan masih terkawal. Namun, cabaran terbesar kami adalah dari segi bahan-bahan buangan atau sedimen yang masuk ke dalam tasik.

“Justeru, setiap tahun kami terpaksa melakukan perbelanjaan yang besar sebanyak kira-kira RM40 juta untuk memindahkan sampah atau sedimen itu ke tempat lain supaya kapasiti empangan itu berada pada tahap yang baik.

PIHAK TNB dan media di Empangan Sultan Abu Bakar.

 

“Jika kita tidak melakukan kerja-kerja selenggaraan itu, tahap kapasiti empangan akan berkurang dan memberi kesan kepada takungan air yang seterusnya menyebabkan limpahan sekiranya tidak ditangani dengan betul,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Menurut Roslan, kos selenggaraan itu juga berpotensi untuk meningkat kira-kira 5.0 hingga 10 peratus setiap tahun didorong oleh kadar inflasi.

Jelasnya, buat masa ini, kumpulan masih dapat menguruskan perbelanjaan itu dengan baik tetapi, pihaknya berharap dapat menurunkan kos perbelanjaan itu dengan menghentikan aliran bahan-bahan yang tidak diingini daripada masuk ke dalam tasik.

LAWATAN media bersama TNB Genco di Empangan Susu, Ulu Jelai.

Mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan separuh penggunaan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik menjelang 2035, Roslan memberitahu, hidro adalah salah satu punca untuk gantikan tenaga yang dihasilkan oleh arang batu.

“Kami juga melihat kepada teknologi baharu seperti bahan api yang lebih mesra alam contohnya hidrogen dan ammonia.

“Itu juga adalah antara cara yang kita boleh gunakan untuk gantikan kapasiti arang batu bagi mengurangkan pembebasan karbon daripada sektor pembekalan elektrik.

Sumber UTUSAN
ROSLAN Abd. Rahman (enam dari kanan) dan Sa’aidan Abu Hassan (lima dari kanan) bersama wakil media ketika lawatan di Empangan Jor, Pahang, baru-baru ini.

“Namun, ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif itu. Kerajaan tidak boleh menghentikan operasi loji arang batu secara serta-merta kerana terikat dengan perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) yang masih belum tamat tempoh.

“Teknologi tenaga baharu juga masih baharu dan belum matang, jadi, banyak kajian-kajian perlu dijalankan terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution