TNB, Petronas bekerjasama teroka teknologi CSS untuk loji penjanaan gas

November 5, 2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjalin kerjasama untuk meneroka teknologi Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) loji janakuasa gas.

Kerjasama tersebut bukti komitmen kedua-dua pihak terhadap Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan selaras aspirasi karbon sifar bersih menjelang 2050.

Memorandum persefahaman (MoU) itu akan membolehkan TNB serta PETRONAS menggabungkan kepakaran mereka dalam menyelaraskan usaha di bidang teknologi CCS bagi loji penjanaan gas.

Pertukaran MoU disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din dan Presiden dan Ketua Pegawai Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Menerusi NETR, aktiviti Penangkapan Karbon, Penggunaan dan Penyimpanan (CCUS) dikenal pasti sebagai Tuas Peralihan Tenaga ke-6 dengan langkah jelas ke arah karbon sifar bersih.

Source : Bernama

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution