Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka teknologi Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) bagi loji janakuasa gas. Kerjasama itu menandakan komitmen kedua-dua pihak terhadap Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050. Justeru, MoU ini menterjemahkan aspirasi tersebut...