KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyerahkan Surat Hasrat (LOI) kepada syarikat dari Laos, Electricite Du Laos (EDL) untuk mewujudkan kerjasama dalam memacu dagangan rentas sempadan dan pembangunan modal insan. TNB dalam satu kenyataan, berkata langkah ini adalah seiring dengan usahanya untuk mengukuhkan kesalinghubungan Grid Tenaga ASEAN (APG) dan memperkasakan TNB Power Generation Sdn Bhd...