Notice: Undefined variable: ub in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 148

Notice: Undefined variable: ub in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 160

Deprecated: strripos(): Non-string needles will be interpreted as strings in the future. Use an explicit chr() call to preserve the current behavior in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 160
Projek Empangan Nenggiri, Orang Asli dipindah ke lokasi lebih baik - TNB Genco
 

Projek Empangan Nenggiri, Orang Asli dipindah ke lokasi lebih baik

August 10, 2022

Sumber BERITA HARIANKOTA BHARU: Penduduk Orang Asli yang terjejas akibat Projek Empangan Nenggiri di Gua Musang akan dipindahkan ke kawasan yang lebih baik, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, penempatan baharu mereka juga akan dilengkapi kemudahan yang lebih sempurna.

“Kita sudah mengadakan sesi libat urus dengan penduduk Orang Asli sebanyak 30 kali dan mereka juga boleh mengusahakan tanaman getah di kawasan baharu nanti,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) mengenai faedah Projek Empangan Nenggiri kepada penduduk Orang Asli pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berhubung harapan kerajaan negeri terhadap projek berkenaan, memaklumkan projek yang siap pada 2027 itu bukan saja membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), malah turut memberi manfaat termasuk tebatan banjir dan meminimumkan kesan banjir yang kerap melanda Kelantan.

“Selain itu, ia membekalkan air bersih dan menjadi sumber pengairan untuk pertanian serta pelancongan.

“Untuk Projek Empangan Nenggiri ini, ia mampu memberi peluang pekerjaan sebanyak 2,500 pada peringkat pertama,” katanya.

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 274421

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.