Notice: Undefined variable: ub in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 148

Notice: Undefined variable: ub in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 160

Deprecated: strripos(): Non-string needles will be interpreted as strings in the future. Use an explicit chr() call to preserve the current behavior in /home/tnbgenco/public_html/wp-content/plugins/advanced-page-visit-counter/public/class-advanced-page-visit-counter-public.php on line 160
PEMELIHARAAN PAYA BAKAU KE ARAH MASA HADAPAN LESTARI - TNB Genco
 

PEMELIHARAAN PAYA BAKAU KE ARAH MASA HADAPAN LESTARI

April 27, 2022
https://tnbgenco.com.my/wp-content/uploads/2022/04/world-branding-awards-brand-of-the-year-logo-vector.png
https://tnbgenco.com.my/wp-content/uploads/2022/04/tenaga-nasional-logo-A5D1C313B0-seeklogo.com_.png

SIARAN AKHBAR

S.A. 2022/01/07_01(HQ)

Stesen-stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus berharmoni dengan alam sekitar melalui komitmen memelihara alam sekitar dengan mengekal dan menjaga ekosistem, khususnya payabakau di sekitar kejiranannya.

Ia menjadi antara amanah utama anak syarikat penjanaannya, TNB Power Generation Sdn. Bhd (TNB Genco) yang melaksanakan inisiatif itu bersama masyarakat setempat dengan usahasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Sebanyak 19,800 anak pokok bakau telah ditanam menerusi program pemulihan hutan bakau di Pasir Panjang, Kinta, Perak; Kampung Sungai Tiram serta Kampung Sungai Limau di Manjung, Perak sejak 2013 sehingga kini yang merupakan kejiranan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Manjung.

Jumlah ini adalah sebahagian daripada sejumlah 23,700 anak benih bakau yang ditanam TNB di negeri-negeri Semenanjung. Selain Perak, TNB turut menanam bakau di pesisiran pantai di Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Iater masuk empat lokasi habitat kelip-kelip dipulihara oleh TNB di Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Selangor; Kampung Dew di Taiping, Perak; Kampung Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan dan Kampung Yak Yah di Kemaman, Terengganu.

Bermula Januari hingga Disember 2021, TNB Genco dengan kerjasama MNS telah menanam 1,167 batang anak pokok bakau di sepanjang pantai Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, Port Dickson, Negeri Sembilan meski pun berdepan dengan cabaran Pandemik Covid-19.

Inisiatif berterusan ini sejajar dengan komitmen TNB terhadap isu Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sekaligus meningkatkan kepelbagaian spesies flora dan fauna serta menyediakan habitat baru untuk hidupan liar serta mencegah hakisan pantai dalam jangka masa panjang.

Ia juga dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat dari segi pembangunan ekonomi baru melalui aktiviti eko-pelancongan sambil memperkayakan sumber hidupan marin, lantas berpontensi membantu pendapatan para nelayan.

 

 

Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada XXFebruari 2022, jam XX:XXpagi/petang

Untukpertanyaanlanjut media, silahubungiHanim Idris 019-2617617 /

Grace Tan 016-6626229 / Asma’ Razak 013-2505433

atauemel kami: media@tnb.com.my

https://tnbgenco.com.my/wp-content/uploads/2022/04/pokak_tnb_1644755457.jpg

Benih-benih bakau yang ditanam berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Manjung menerusi program pemulihan hutan bakau.

https://tnbgenco.com.my/wp-content/uploads/2022/04/ezgif.com-gif-maker.jpg

Anak bakau yang sedang membesar berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS), Manjung.

https://tnbgenco.com.my/wp-content/uploads/2022/04/download.jpg

Kejiranan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) menjadi habitat hidupan marin.

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 274405

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.