Terengganu Inc. bangun loji tenaga solar terapung di Tasik Kenyir

June 12, 2023

KUALA TERENGGANU – Terengganu Inc. berhasrat untuk membangunkan projek pembinaan loji tenaga solar terapung melibatkan pelaburan dianggarkan lebih RM1 bilion di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Presiden Terengganu Inc., Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, kajian pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung tersebut bakal dilaksanakan bersama syarikat utiliti, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco).

“Projek loji tenaga solar terapung tersebut dicadang untuk dibina di kawasan seluas 2,000 hektar di Tasik Kenyir,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) berhubung projek tersebut dengan Pengarah Urusan TNB Genco, Datuk Nor Azman Mufti.

Burhanuddin Hilmi berkata, kajian dan penerokaan pembangunan projek loji tenaga solar itu bakal dilaksanakan dalam tempoh setahun.

Tambah beliau, kajian kebolehlaksanan projek tersebut menjadi penentu bagi pelaksanaan projek berkenaan.

“Syarikat kerajaan negeri dan pelabur dalam dan luar negara bakal dilibatkan dalam pembinaan projek loji tenaga solar terapung berkenaan,” katanya

Sumber – Kosmo

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 187765

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.