Terengganu kaji pembangunan loji tenaga solar di Tasik Kenyir

June 12, 2023

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan melaksanakan kajian bagi membangunkan projek loji tenaga solar fotovoltaik terapung berkapasiti 500 mega watt (MW) di Tasik Kenyir.

Usaha itu dimulakan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri Terengganu, Terengganu Inc (TI) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kajian itu perlu dijalankan bagi mengenal pasti beberapa aspek kritikal sebelum projek berskala besar yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1 bilion itu dilaksanakan.

Jelas beliau, projek tersebut akan dibangunkan di kawasan berkeluasan 2,000 hektar bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan berkenaan.

“MoU ini dibuat kerana projek yang dirancangkan itu dijangka menelan belanja yang besar sebab itu kita memerlukan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengkaji dan meneroka dalam bidang ini.

“Kita akan buat beberapa keputusan penting selepas kajian mengenainya selesai antatanya melibatkan pencarian ‘business partner’ dan beberapa perkara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program ESG Affairs 2023 di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi berkata, kajian terhadap pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung itu akan dimulakan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan dijangka selesai dalam tempoh lapan bulan hingga setahun.

Sumber – Sinar Harian

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 203975

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.