Terengganu, TNB Genco Kaji Potensi Bina Loji Solar Terapung

June 12, 2023

KUALA TERENGGANU, 12 Jun – Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Berhad Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) bagi pembangunan loji tenaga solar fotovoltaik terapung di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, kajian kebolehlaksanaan tersebut penting untuk mengenalpasti beberapa aspek kritikal sebelum projek loji solar terapung berkapasiti 1,000 mega watt (MW) itu diputuskan sama ada boleh diteruskan atau tidak.

“MoU ini perlu dibuat memandangkan projek yang dirancang itu besar, jadi TI buat MoU dengan TNB Genco iaitu pihak yang pakar dalam bidang ini.

“Lepas kajian selesai, kita akan buat beberapa keputusan penting terhadap perlaksanaan seterusnya termasuk mencari dan menentukan rakan kongsi yang berminat samada Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kita sendiri atau pelabur luar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG Affairs 2023) di Hotel Paya Bunga, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Terengganu Inc berkata, projek berkeluasan 2,000 hektar dan dijangka bakal menelan kos lebih RM1 bilion itu dirancang untuk dibina di Tasik Kenyir sebagai mengoptimumkan penggunaan kawasan tersebut yang berkeluasan satu per tiga Singapura.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif TI, Burhanuddin Hilmi berkata, kajian tersebut akan dimulakan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang dan dijangka bakal mengambil masa selama lapan hingga 12 bulan untuk disiapkan.

Sumber – TRDI

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 194569

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.