Lawatan rasmi PM ke Laos dijangka meterai kerjasama bilateral, beri manfaat rakyat

June 25, 2023

VIENTIANE (Laos), 25 Jun– Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Laos selama dua hari bermula esok.

Pertemuan dua hala bersama pemimpin Laos ini bakal menyaksikan pemeteraian kerjasama negara serantau yang memberi manfaat sosio-ekonomi kedua-dua negara.

Selaras dengan Dasar Luar Negara, keutamaan terus diberikan kepada negara anggota ASEAN yang merupakan teras kepada dasar luar Malaysia.

Dalam siri lawatan rasmi ke Laos kali ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi akan mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Laos, Dr. Sonexay Siphandone pada Selasa.

Pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu bagi membincangkan hala tuju hubungan bilateral.

Kedua-dua pemimpin negara itu bakal menyaksikan dua Perjanjian Kerjasama (MOC) serta Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Upacara Pertukaran Surat Niat (LoI).

Ia melibatkan penerokaan baharu pelaburan bagi Tenaga Nasional Berhad serta kerjasama sektor logistik bagi Mutiara Perlis Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad bersama syarikat-syarikat tempatan.

Setakat ini, Pelaburan Langsung Asing Laos dari Malaysia mencatat AS$800 juta melibatkan projek hidro-elektrik, pertanian dan juga perlombongan potassium.

Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijadual memberi kunjungan hormat ke atas Presiden Laos, Dr. Thongloun Sisoulith di Istana Presiden serta akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara Laos.

Perdana Menteri juga dijangka bertemu pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam, selain memberi tumpuan pembangunan minoriti Islam.

Sumber – RTM

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution