“Perjanjian itu menjadi bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyatukan
pemain industri dan menjalin sinergi yang kuat.
“Kami komited untuk bersama meneroka dan membangunkan usaha niaga dalam bidang berpotensi hidrogen hijau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Datuk Bacho Pilong, berkata gabungan antara PETRONAS dan TNB itu menghimpunkan pengalaman lebih 120 tahun dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
“Keupayaan kedua-dua pihak dapat membangunkan ekosistem teknologi dan infrastruktur untuk tenaga bersih yang diperlukan dalam memajukan matlamat kemampanan negara serta menyokong peralihan tenaga saksama untuk generasi akan datang,” katanya.
Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan pula berkata, kerjasama TNB dan PETRONAS bukan saja akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara, tetapi mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Beliau berkata, ia boleh memberikan penyelesaian inovatif, memacu amalan mampan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan berkembang maju.
Katanya, Kerjasama strategik di antara TNB dan PETRONAS mempunyai kepentingan khusus dalam menangani cabaran penyahkarbonan industri tenaga.
“Menyedari potensi hidrogen sebagai sumber tenaga yang serba boleh dan bersih, kami berhasrat untuk memanfaatkan sumber itu bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor seperti pengangkutan, pembuatan dan penjanaan tenaga.
“TNB, sejajar dengan komitmennya untuk mencapai Sifar Bersih menjelang 2050, sedang meneroka penggunaan hidrogen dan ammonia sebagai pilihan pembakaran bersama dalam portfolio penjanaannya.
“Kerjasama itu juga membuka peluang kepada TNB untuk menceburi penggunaan hidrogen dalam mobiliti dan pembuatan,” katanya.
Sumber – Berita Harian