TNB, PETRONAS Bekerjasama Majukan Ekonomi Hidrogen

August 1, 2023

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS bagi membangunkan ekonomi hidrogen di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din, berkata perkongsian transformatif antara kedua-dua pihak itu bermula dengan Perjanjian Kajian Bersama Kebolehlaksanaan (JFSA) sebagai pengukuhan komitmen memajukan ekonomi hidrogen.

Beliau berkata, JFSA menggariskan komitmen kedua-dua pemimpin industri itu bekerjasama dan memperkukuh sinergi bagi meneroka serta membangunkan usaha niaga dalam kepesatan bidang hidrogen hijau.

Kerjasama itu, katanya menandakan visi bersama syarikat untuk mempercepatkan penggunaan teknologi bersih seperti hidrogen dan pemerangkapan karbon, untuk menyahkarbonkan sektor tenaga.

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 187795

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.