Casino ruleta igra prenesi

  1. Boo Casino Online Slovenija: Odvisno od vašega načina pošiljanja traja od 5 do 21 dni, da se ček izbriše in se na vašem igralnem računu prikaže novo stanje.
  2. Golden Glyph Igraj Igralni Avtomat - Resničnost je, da je največ denarja v nogometu na vrhu igre, zato so igralci Manchester Uniteda, Arsenala in Chelseasa navajeni igrati na nogometnih igriščih, ki so kot preproga.
  3. That S Rich Igraj Igralni Avtomat: To pomeni, da lahko igralci predvajajo 800 naslovov, ki so na voljo na njihovih mobilnih napravah, prek spletnega mesta, ki deluje enako dobro kot namizni računalnik.

Boljše možnosti za zmago

Super Safari Igraj Igralni Avtomat
Casobet ima ponudbe tako za nove igralce kot tudi za obstoječe.
Aladdin And The Sorcerer Free Play Demo
Na žalost za Kanadčane, ne spletne igralnice v Kanadi ne sprejemajo plačila.
Na prvi pogled se zdi, da glavnemu preddverju igralnice Bovegas primanjkuje določene prefinjenosti.

Igra kocke poker

Yggdrasil Casino Bonus Brez Depozita
Ko se to zgodi,, boste morali zagotoviti igralnico z več dokumentov, vključno z.
Treasures Of Troy Free Play Demo
Eden od bonusov, ki jih bodo ponudili, so brezplačni vrtljaji, ki igralcem omogočajo, da igrajo določeno število kolutov na izbranem igralnem avtomatu, ne da bi morali sami položiti denar, da bi jih igrali.
Sugar Rush Free Play Demo

 

Malaysia Perlu Pelaburan RM1.3 trilion bagi Peralihan Tenaga

August 30, 2023

KUALA LUMPUR: Pelaburan berjumlah RM1.2 trilion hingga RM1.3 trilion diperlukan menjelang 2050 bagi peralihan tenaga di Malaysia, dengan sejumlah besar bagi penjanaan kuasa tenaga boleh baharu (TBB) dan mobiliti hijau dalam dekad ini.

Malah, jumlah pelaburan grid yang diperlukan dalam tempoh 2023 hingga 2050 ialah RM420 bilion, iaitu kira-kira RM15.6 bilion setiap tahun.

Penganalisis RHB Research, Sean Lim, berkata pihaknya kekal positif terhadap Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dengan matlamat dan keperluan pembiayaan yang lebih jelas dibentangkan.

Beliau berkata, faktor utama bagi menjayakan usaha itu termasuk pelaksanaan yang berterusan, pelaksanaan dasar yang ketat dan kemampuan untuk merapatkan jurang pembiayaan.

NETR menggariskan 50 inisiatif di bawah enam pendorong peralihan tenaga dan lima faktor pemboleh, di samping 10 projek dan inisiatif utama yang diumumkan pada Fasa 1.

“Kejayaan pelaksanaan NETR diunjurkan akan meningkatkan nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 8.4 peratus daripada RM25 bilion pada 2023 kepada RM220 bilion dan menjana 310,000 pekerjaan pada 2050,” katanya dalam nota penyelidikan.

Selain sasaran utama iaitu 70 peratus kapasiti terpasang bagi TBB dan bebas arang batu menjelang 2050, RHB Research melihat sasaran yang menumpu pada pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), hidrogen, tiga hab hidrogen dan 100 peratus penamatan berperingkat bagi bahan suapan hidrogen hijau dan tenaga bio.

Tambahan lagi, sasaran itu dibahagikan lagi kepada beberapa pencapaian menjelang 2030 dan 2040, ditambah dengan peluang pelaburan pada fasa yang berbeza.Lim berkata, tenaga suria akan memacu pertumbuhan TBB, namun gas masih relevan.

Beliau berkata, NETR mengunjurkan kapasiti TBB 70 peratus akan dikuasai oleh tenaga suria iaitu pada 58 peratus jumlah kapasiti terpasang, diikuti dengan tenaga air dan tenaga bio pada 11 peratus dan satu peratus.

Oleh itu, katanya kapasiti fotovoltaik (PV) suria mungkin akan bertumbuh dengan mendadak pada CAGR 14 peratus menjadi 57 gigawatt (GW) sebelum 2050.

Pada masa yang sama, jelasnya, pihak kawal selia yang berkaitan akan membangunkan rangka kerja akses pihak ketiga (TPA) dengan mekanisme yang telus bagi mengira bayaran hantaran bekalan elektrik bagi merapatkan jurang permintaan-bekalan untuk tenaga elektrik hijau.

“Perkara ini membolehkan pembangun tenaga suria di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) untuk menjual kuasa berlebihan kepada Pembeli Tunggal supaya dapat menjana hasil tambahan dan akhirnya meningkatkan pulangan keseluruhan bagi projek-projek ini.

“Selain itu, pasaran pertukaran TBB akan ditubuhkan dan dilancarkan pada 2024 untuk bertindak sebagai pengagregat pasaran yang membolehkan penemuan harga dibuat dan memudahkan perdagangan TBB merentasi sempadan,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry pula berkata solar akan menjadi semakin dominan menyumbang masing-masing sebanyak 25 peratus, 39 peratus, 52 peratus dan 58 peratus bahagian campuran kapasiti pada 2035, 2040, 2045 dan 2050, berkembang pada CAGR sebanyak 14 peratus antara 2025 hingga 2050.

Beliau berkata, sementara hidro dan tenaga bio dijangka membentuk 11 peratus dan satu peratus daripada campuran kapasiti 2050 masing-masing.

Katanya, arang batu akan dihapuskan sepenuhnya pada masa itu mengikut tamat tempoh PPA dengan gas mengambil alih sebagai beban asas.

Sumber – Buletin TV3

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 206958

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.