Dokumentari ‘Kembalikan Kuasa Kenyir’ Raih Pengiktirafan di Vietnam pula

January 17, 2024

Dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobat sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.

Dokumentari khas itu tercalon sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS (Korea), Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).

“Ini adalah anugerah antarabangsa kedua diterima, hasil kerjasama dengan TNB,” kata kenyataan diedarkan TV3.

Dokumentari itu memaparkan usaha mengembalikan operasi Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir (SJSM) yang terjejas akibat tanah runtuh pada 27 Februari 2022.

Sebelum ini, dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir itu memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 di Bangkok.

SJSM atau Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia.

Selain itu, naskhah itu menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).

Episod eksklusif itu diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekuti; Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal; dan Penyelaras Projek, Izzul Iswat.

Kejayaan program itu juga turut disokong oleh Pengurus Rancangan TV3, Faezah Farrah; Pengurus Besar Jualan Omnia, Chan Sue Harn; Pengurus Jualan, Amirah Haziqah; dan Eksekutif Jualan Ariff Azhar.

Sumber – MalaysiaKini

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 194537

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.