Dokumentari Misi – Kembalikan Kuasa Kenyir Menang Anugerah di Vietnam

January 17, 2024

KUALA LUMPUR – Dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobat sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.

Dokumentari khas itu tercalon sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS (Korea), Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).

“Ini adalah anugerah antarabangsa kedua diterima hasil kerjasama dengan TNB,” kata TV3 dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Dokumentari itu memaparkan usaha mengembalikan operasi Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir (SJSM) yang terjejas akibat tanah runtuh pada 27 Februari 2022. Sebelum ini, dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir itu memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 di Bangkok.

SJSM atau Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia.

Selain itu, naskhah itu menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).

Sumber – MalaysiaGazette

 

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco
No. 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
Get In TouchTNB Genco Social links
Total Visit: 194537

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.