KUALA LUMPUR – Dokumentari khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dinobat sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.
Dokumentari khas itu tercalon sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS (Korea), Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).
“Ini adalah anugerah antarabangsa kedua diterima hasil kerjasama dengan TNB,” kata TV3 dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
SJSM atau Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia.
Selain itu, naskhah itu menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).
Sumber – MalaysiaGazette