Penduduk Orang Asli Harap Empangan Nenggiri Siap Ikut Jadual

June 5, 2024

Lebih 800 penduduk Orang Asli kaum Temiar yang terbabit dengan Projek Hidroelektrik Nenggiri berharap projek terbabit siap mengikut jadual ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tohoi, Jenny Adik berkata, dia difahamkan pembinaan penempatan baharu seperti rumah, ladang serta sekolah untuk Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Pulat sedang dilakukan.

Menurutnya, penduduk bersedia untuk berpindah pada bila-bila masa sekiranya diarahkan pihak berwajib.

“Di Pos Tohoi, terdapat lebih 800 penduduk dan kami berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Kami sehingga kini masih menunggu tindakan seterusnya dan bersedia untuk berpindah sekiranya penempatan baharu sudah siap.

 

“Kami harap hak Orang Asli untuk mendapat penempatan baharu, tanah kebun dan elaun sara hidup seperti dijanjikan harus ditunaikan sebelum pembinaan siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di Pos Tohoi, di sini.

Penduduk lain Ajeh Baharom, 51, berkata mereka yang terbabit tidak sabar untuk berada di penempatan baharu kerana percaya keadaan lebih baik dan selesa.

“Kami berharap semua yang dijanjikan dapat ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembinaan siap dan kampung kami tenggelam.

“Kami mahu penempatan baharu di Kuala Yai dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur termasuk jalan yang lebih baik berbanding di Pos Tohoi.

“Selain itu kami turut dijanjikan pemberian elaun sara hidup dan tanah kebun, maka sudah pastilah kehidupan di sana akan lebih baik,” katanya.

Untuk rekod, Empangan Nenggiri dibangunkan dengan kos RM5 bilion bagi menjana 300 mega watt (MW) elektrik dan dijangka beroperasi mulai 2027.

Sumber – Harian Metro

HeadquartersTNB Power Generation Sdn. Bhd.
Aras 2, Bangunan TNB Genco

No. 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur
General line +6 03 2108 3245
Corporate : [email protected]
Get In TouchTNB Genco Social links
DISCLAIMER::

This is TNB information. Any modification, copying, reproduction, republication, uploading, posting, transmission, or distribution, in any manner, of the said information on the website, including any related text, graphics, code and/or software without permission in writing is prohibitted.

Copyright by TNB Genco. All rights reserved.

Best view in 1920 x 1080 resolution