KUALA LUMPUR: Ujian pertama pembakaran ammonia bersama arang batu sebagai sebahagian daripada inisiatif nyah karbon sektor tenaga negara menunjukkan hasil positif, demikian menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB). Ujian dijalankan TNB Research Sdn Bhd (TNBR) dan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), anak syarikat milik penuh TNB bersama IHI Power System Malaysia Sdn Bhd (IPSM)...