VIENTIANE (Laos), 25 Jun– Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Laos selama dua hari bermula esok. Pertemuan dua hala bersama pemimpin Laos ini bakal menyaksikan pemeteraian kerjasama negara serantau yang memberi manfaat sosio-ekonomi kedua-dua negara. Selaras dengan Dasar Luar Negara, keutamaan terus diberikan kepada negara anggota ASEAN yang merupakan teras kepada dasar luar Malaysia....