KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS bagi membangunkan ekonomi hidrogen di Malaysia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din, berkata perkongsian transformatif antara kedua-dua pihak itu bermula dengan Perjanjian Kajian Bersama Kebolehlaksanaan (JFSA) sebagai pengukuhan komitmen memajukan ekonomi hidrogen. Beliau berkata, JFSA menggariskan komitmen kedua-dua pemimpin industri...